Tuesday 22 September 2020

Jalan-jalan di Kuala Selangor

Assalamualaikum semua 😊

Apa khabar? Semoga semuanya baik-baik dan sihat belaka. Untuk blog kali ni yuni sekadar ingin berkongsi tentang tempat yang yuni sekeluarga lawati di Kuala Selangor. Al-maklum lah, setelah rakyat Malaysia masing-masing menjalani PKP (Pematuhan Kawalan Pergerakan) hampir dua bulan disebabkan pandemik Covid-19, sekarang kita yang berada dalam fasa PKPP (Pematuhan Kawalan Pergerakan Pemulihan) baru nak merasa jenjalan 😜 Nak jenjalan jauh-jauh pun nanti pulus pun terbang jauh, so kita jenjalan rakyat marhaen ajo la ya 😆

Kisah ini bermula pada 08 September yang lalu, suami kita off day kerjanya hari selasa. Penat asyik ngadap dinding, kita ajak la dia jenjalan. So, pagi tu kami menahan lapar semata-mata nak breakfast roti canai pelangi tau dekat Sungai Yu 😆

Kami udah sampai di Roti Canai Pelangi Sungai Yu 😍

Rasa berpelangi hati ni haa tengok uti canai 😆

Pengunjung yang berkunjung ke warung roti canai ini akan dihidangkan dengan roti canai pelbagai warna. Terdapat 6 warna yang mewakili 6 perisa roti canai (Original, Strawberi, Epal, Keladi, Durian, Oren). Harga roti canai hanya RM 1 sahaja sekeping tidak kira perisa apa 😊 Iffatul paling suka strawberi. Kuah dal free je tapi kalau ambil kari kambing, 1 mangkuk kecil RM 3 sahaja. Kari kambing sangat recommended tau! Sedap! Hihihi. Untuk makluman uolls, kat sini servisnya jenis layan diri ya 😎

Semua flavour kita rasa 😜 

Apabila perut dah kenyang baru la boleh fikir nak pi jalan mana kan? 😆 Disebabkan ini adalah kategori jenjalan bajet marhaen, tambah pula dah kat Kuala Selangor rasanya memang idok lengkap la kalau tak naik Bukit Malawati 😚 Ibu dan Abi pun sejujurnya tak pernah juga lagi naik ke Bukit Malawati 😆😝

Bayaran masuk ke Bukit Malawati untuk dewasa ialah RM 3 seorang. Bagi kanak-kanak yuni tak pasti pula sebab Iffatul baru 1 tahun 10 bulan, maka nya free 😆 Kami tunggu tram untuk bawa kami ke atas bukit. Nak tengok nyet nyet 🐒

Seronok Iffatul naik tram sambil tengok nyet 😆

Ingat nak beli makanan nak bagi nyet makan, tapi Abi dia cakap tak yah la takut nanti nyet terkam Iffatul (sayang nau anak perempuan dia)

Pemandu tram akan membawa pengunjung ke puncak Bukit Malawati dan pengunjung akan diberi masa selama 30 minit untuk menikmati pemandangan dari atas bukit. Cantik 😍 Boleh bagi monyet makan juga kerana ada orang yang menjual makanan untuk monyet seperti pisang dan kacang panjang. Di puncak bukit ini juga terdapat rumah api dan muzium. Tapi kami tak dapat masuk sebab Iffatul tidak mahu berganjak dari melihat nyet 😒 Ya ampunnn! 30 minit menatap wajah monyet saja 💆

Yang paling seronok, kami merasa naik tram pusing pekan Kuala Selangor sewaktu turun dari Bukit Malawati. Rare betul rasanya! 😄 

Kita pahatkan memori di sini 😍

Settle jenjalan Bukit Malawati, kami ke Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) pula 😊 Macam mana tau kewujudan tempat ini? Jawapannya muncul di newsfeed fb yuni 😆 Kita pun search la. Not bad! So kita pun datang la ke sini. Sekadar perkongsian, 1 pm  sehingga 2 pm adalah waktu rehat , makan dan solat. Jadi kalau nak datang ke KSCC, pastikan datang selepas jam 2 pm ya. Kalau datang jam 1:30 pm, boleh je. Cumanya tak ada orang la di kaunter. Korang melopong la jawabnya kat depan KSCC tu 😆

Gamba ni snap waktu kat pintu masuk KSCC 😍

Tiket masuk ke KSCC ni cuma RM 8 bagi dewasa dan bagi kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah free je. Kalau nak cuba bagi makan kat arnab, kuda dan rusa, boleh la beli kat kaunter dengan harga satu paket RM 2 😊

Arnab kat sini jinak ya dan comel. Dia tau kita masuk nak bagi dia carrot 😆

Ada budak tu tiba-tiba jadi penakut 😒

Iffatul terlopong ya tengok burung unta 😆😆😆

Ada kuda juga. Seronok tengok Abi dan Iffa bagi kuda makan roti.

Selain boleh bagi haiwan di KSCC ni makan, di KSCC ni juga ada rainbow track tau. Anak-anak boleh naik lebih kurang macam basikal (mak bapak anak-anak pun boleh naik juga ya 😆). Include dalam tiket masuk tu ialah dua kali slide dekat rainbow track. Kalo nak slide lebih, penjaga yang in charge kat situ akan caj RM 1 untuk satu kali slide.

Ini contoh mak bapak yang nak naik slide tu 😆

Kalau nak tahu, paling lama kat slide ni la. Iffatul tak mau turun. Seronok dia slide bersama abi dia sampai terpaksa bayar extra slide. Hahaha. Selepas drama sebabak dan raungan daripada Iffatul Auni, kami meneruskan aktiviti bergambar sekitar kawasan KSCC ni 😆 Memang cantik untuk bergamba guys, bak kata orang insta-worthy giteww 😆

Cantik kan rumah hobbit ni 😍

Iffatul menangis sebab nak naik slide lagi 😆😆😆 Drama sebabak belum tamat 😆

Dapat lah gamba wefie setelah keadaan tenang dan terkawal  😆😆😆

Aktiviti memanah pun include dalam bayaran tiket tau. Seorang dapat 2 anak panah 🎯

Lebih kurang jam 4 petang baru lah kami keluar dari KSCC dan terus bergerak pulang ke KL. Sebelum balik rumah kami singgah makan brownies di cafe Suka Dessert yang terletak di area Puchong. Memang puas ati brownies dia 😋😋😋

Yang ada bendera Malaysia tu Iffatul punya ya 😆







No comments:

Post a Comment

Jalan-jalan di Kuala Selangor

Assalamualaikum semua 😊 Apa khabar? Semoga semuanya baik-baik dan sihat belaka. Untuk blog kali ni yuni sekadar ingin berkongsi tentang tem...