Sunday 8 March 2020

Bukit Gambang Safari Park

Assalamualaikum 2020 😊

Semoga mereka yang membaca blog yuni ini sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu. Pembuka tahun 2020 ni sebenarnya yuni tidak lah merancang untuk bercuti ke mana-mana lagi tetapi disebabkan nak attend wedding cousin yuni kat Kelantan, hubby yuni cadangkan agar yuni plan percutian singkat buat kami sekeluarga.

Pengantin lama tumpang bergambar kat pelamin pengantin baru 😆

Selepas survey, yuni cadangkan kat hubby untuk bermalam di Kuala Terengganu dan keesokan harinya ke Bukit Gambang Safari Park memandangkan kami berdua masing-masing belum pernah lagi ke sana and my hubby is always onz with my plan. Hehehe.

======================================
31 Januari 2020 (Jumaat):

Kami bertolak ke Kelantan pada pukul 09:30 pagi dan singgah makan di Lemang To'ki, Bentong sekitar jam 11:00 pagi. Di sini, pengunjung boleh menikmati lemang bersama dengan lauk rendang ayam, rendang daging, rendang campur atau serunding. Pada pendapat yuni, harga lemang dengan lauk rendang sepinggan juga murah, hanya RM 5 sahaja dan RM 7 bagi lauk rendang campur manakala harga lemang yang dijual sebatang adalah berdasarkan kepada saiz.

Sedap 😋
Nasi campur pun ada tapi kami makan lemang dan rendang je 😜

Kalau Abi dia ada, dengan Ibu pun dia menyombong tau
======================================
01 Februari 2020 (Sabtu):

Congratulation my cousin (lelaki)
Selamat bercinta sehingga ke syurga 💕

Mama Tok Iffatul Auni

Mama Tok bersama nenek saudara Iffatul Auni

Rasa nak gomol je pipi tu.. Hahaha..

Anak ku yang banyak akal 😘

Kami bergerak dari Tumpat, Kelantan ke Kuala Terengganu sekitar jam 03:00 petang. Dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, kami singgah berehat dan solat di rumah parents yuni which is kat Setiu. Yalah kan, dah satu jalan tak kan lah tak singgah rumah mak ayah sendiri pulak. Hahahaha 😆

Kami tiba di Kuala Terengganu pada jam 08:00 malam dan kami terus check-in di J Suites Hotel, Kuala Terengganu. Hotel ni terletak betul-betul di pusat bandaraya bersebelahan dengan Kamdar. Di sebelah hotel terdapat kedai makan dan kedai serbaneka 24 jam. Yuni sangat recommend this hotel tau sebab murah, selesa dan dekat dengan kemudahan 😊 Kalau book melalui Agoda.com lebih murah. Lebih kurang RM 100 satu malam dapat bilik yang ada bathtub 😍

Bilik kami

Terus landing dan bergurau-senda dua orang ini 😆

Kami makan malam di Dapo Pata Kontena dan ia memang terletak di tepi pantai. Tempat makan ini berkonsepkan kontena dan hipster. Ada pelbagai jenis makanan, daripada ikan bakar sehingga lah ke western food. Harga makanan berpatutan dan yang paling penting sodap! Hehehe.

Kami duduk di kontena bahagian atas
Sangat best makan sambil menikmati angin pantai

Original Waffle Ice Cream 😋
Abi makan Nasi Daging Merah dengan Bandung Soda 😋
Ibu makan Mihun Sup Campur dengan Jus Tembikai 😋

======================================
02 Februari 2020 (Ahad)

Aktiviti mereka sebelum check out
Manja betul Iffatul Auni dengan Abi dia

Telatah anak Ibu sementara menunggu check out hotel
Kami check out dari hotel lebih kurang jam 09:00 pagi. Plan kami nak breakfast nasi dagang. Al-maklumlah, kan dah ada kat Terengganu. Rugi la kalau tak merasa makanan yang menjadi lambang kebanggaan sesebuah negeri tu kan. Hehehe. Kami decide untuk merasa Nasi Dagang Atas Tol tapi nasib kami kurang baik pada hari tersebut kerana kedai tutup 😭.

Kami pun cuba lah waze kawasan berdekatan. Hubby decide untuk drive ke Restoran Nasi Dagang Mak Ngah. Malangnya bila kami tiba di sana, nasi dagang pula habis. Memang betul kami tak ada rezeki untuk makan nasi dagang pagi tu. Kesudahannya, kami order mihun goreng dan nescafe ais sahaja untuk sarapan pagi.

Keropok Lekor Terengganu. So yummy 😋 RM5.00 ada 15 batang
Beli kat kedai keropok lekor tepi Restoran Nasi Dagang Mak Ngah 

Selepas breakfast, lebih kurang jam 10:30 pagi, kami bergerak ke Bukit Gambang Resort City. Kami mengambil keputusan untuk ke Bukit Gambang melalui jalan pantai kerana ingin menikmati perjalanan dengan pemandangan pantai. Memang best!

Kami tiba di Safari Park Bukit Gambang lebih kurang jam 04:00 petang. Kawasan parking nampak lengang sangat. Kaunter tiket masuk juga langsung tiada orang. Sangat sepi. Mungkin kerana sewaktu kami tiba hari sudahpun petang. Maklumlah, esoknya hari isnin, semua orang kerja kan.


Safari Park Entrance Bangle

Harga tiket masuk ke Safari Park Bukit Gambang ialah RM28.00 seorang bagi dewasa manakala bagi kanak-kanak yang berumur 3 tahun dan ke atas ialah RM18.00 seorang. Menurut jurutiket di kaunter, tram section ditutup kerana kerja baik pulih sedang dilakukan. Itu lah sebab kenapa harga tiket Safari Park murah berbanding normal price. Means, kami hanya boleh explore section walking route sahajalah. Wild Savannah tak boleh masuk sebab itu ialah tram section. Waktu ni perasaan kami agak berbelah bahagi. Nak masuk ke tidak? Kalau tak masuk nanti rasa rugi sebab alang-alang kami dah sampai. Nak masuk, bila tengok sekeliling sepi sangat tak ada orang. Akhir sekali, kami decide untuk masuk juga lah.

Rabbit di pintu masuk Safari Park Bukit Gambang

Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke Safari Park, perasaan excited sejak dari KL, sejak dari Kuala Terengganu terus bertukar menjadi kecewa. Walking route sangat suram! Bumbung sepanjang walking route dah berlubang dan terkopak. Dari walking route Safari Park kami dapat melihat Water Park Bukit Gambang. Ternyata, tiada orang tapi kami masih positif. Mungkin disebabkan esok hari isnin, orang mula bekerja ditambah dengan waktu yang sudah petang.


Pemandangan Water Park Bukit Gambang dari walking route Safari Park Bukit Gambang

Hubby response was like 'Apa ni?' 😅

Kami sangat terkejut melihat kawasan yang sangat tidak terurus. Bangunan nampak terbiar. Escalator tidak berfungsi dan bersawang. Dalam perjalanan menuju ke Simba Hill Gourmet Hall, kami melalui sebuah gift shop, barang banyak yang tiada. Rak kosong. Dan paling kecewa apabila pada pandangan mata kami Simba Hill Gourmet Hall looks like bungkus! Bila kami tanya staf di situ, katanya, restoran tersebut hanya buka untuk booking sahaja. Booking yang ramai. Padahal pinggan mangkuk nampak sudah diatur di atas lantai restoran. Buat makluman, Simba Hill Gourment Hall ni ialah sebuah restoran yang mana pengunjung boleh menikmati makanan sambil melihat White Lion melalui cermin kaca.


Menuju ke Simba Hill Gourmet Hall

Gift shop menuju ke Simba Hill Gourmet Hall

White Lion pun kurus je 😂

Muka Iffatul Auni tak de perasaan 😂😂😂

Walaupun kami kecewa, kami tetap teruskan pengembaraan kami. Hahaha. Disebabkan jam menunjukkan pukul 05:00 petang, kami terus ke Village Arena untuk menonton Tarsan Adventure & Multi-Animal Show. Agak sedih 😅😅😅 kerana hanya ada lebih kurang 20 orang penonton sahaja. Tarsan pun keluar sekali je untuk jerit. Hahahaha.

Little pony

Iffa suka little pony & little pony pun suka Iffa

Kita abadikan gambar family depan tugu gorilla walaupun gorilla sebenar tak ada
😆😂😆😂😆😂

💗💗💗

Selepas menonton Tarsan Adventure & Multi-Animal Show, kami melawat kandang kuda padi yang terletak di kawasan Village Arena. Seterusnya, kami ke Discovery Centre. Di sini, terdapat sampel fetus haiwan yang di awet. Sejujurnya, banyak section yang ditutup. Wild Savannah pun kami tak dapat masuk. Kandang haiwan juga banyak yang kosong.

Sekali-sekala Ibu nak posing 

Iffa melihat Iguana

Bear pun kurus

Kandang musang penuh dengan semak samun

Feeding section tapi tak ada makanan untuk kami beli dan beri pada bear
Kesian sangat

Rasa macam melawat bangunan tinggal

Just like a horror buildings

Panaroma penuh

Contoh rumah melayu. Boleh masuk tapi kena buka kasut
Kami tak masuk sebab mood dah spoil 😂

Alang-alang dah petang, kita masuk Night Jungle

Leapord at Night Jungle. Kurus je 

Hyena

Kandang Hyena tak ada pagar elektrik. For me, nampak macam tak selamat je walaupun kat situ ada notis dari pihak pengurusan yang mengatakan Hyena ni jinak 😂😅

Sejujurnya, yuni and hubby was like shock and didn't expect this type of trip. Bila masuk Gambang Safari Park, sangat kecewa kerana it was like indah khabar dari rupa. Pihak pengurusan kata work in progress untuk tujuan baik pulih tapi bila tanya staff di situ sampai bila? Staff pun still can't give the answer sampai bila 😅

Apa pun, we enjoy the trip walaupun kecewa. Kalau tak masuk, kami sendiri tak tau macam mana keadaan kat dalam Safari Park tu. Apa yang promote di IG dan FB tak sama dengan pengalaman yang kami rasai sendiri. InshaAllah, next entry yuni akan share lagi ke mana our next destination. Sampai bertemu lagi. Bye bye 😘

No comments:

Post a Comment

Jalan-jalan di Kuala Selangor

Assalamualaikum semua 😊 Apa khabar? Semoga semuanya baik-baik dan sihat belaka. Untuk blog kali ni yuni sekadar ingin berkongsi tentang tem...