Tuesday 26 November 2019

Bercuti di Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang

Assalamualaikum semua..

Ya Allah lamanya yuni tak menulis sampai dah berhabuk blog ni haa πŸ˜… Last menulis waktu yuni bercerita tentang pengalaman honeymoon a.k.a bercuti ke Cameron Highlands. After balik dari honeymoon dapat tahu yuni pregnant. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi, terus dapat baby. Sekarang baby yuni dah pun umur setahun. 

Iffatul Auni Binti Mohammad Ikhnul Azrin (kesayangan Ibu dan Abi)
Baru je menyambut Hari Lahir yang pertama pada 06.11.2019

Kejap je kan rasa masa tu berlalu? Selepas setahun (Ya ke setahun? Macam lebih setahun je.. Hahaha) baru yuni dan hubby ada plan nak bercuti. Untuk kali ini, sempena dengan bulan kelahiran puteri kesayangan kami, kami memilih Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang sebagai destinasi percutian kami sekeluarga.

===============================================
23 November 2019 (Sabtu):

Lokasi pertama kami ialah Japanese Village. Kami tiba di Japanese Village lebih kurang jam 11:00 pagi. Di pintu masuk Berjaya Hills, pengunjung perlu membayar tiket masuk iaitu RM 16 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak-kanak. Bagi mereka yang menginap di Colmar Tropicale, duit bayaran tiket ini akan dipulangkan semula dan jumlah yang dipulangkan berdasarkan kepada jenis bilik penginapan.

Tiket masuk Berjaya Hills. Tiket ni cover entrance fee ke Japanese Village, Botanical Garden, Colmar Tropicale & Rabbit Park

Perjalanan ke Japanese Village ni perlu mendaki
Kalau tanya pendapat yuni, not suggested kepada warga emas

Pendakian kami bermula. Anak Ibu tengok apa tu? Kihkihkih
Untuk yang ada baby, sebaiknya bawa carrier, tak sesuai guna stroller

Penunjuk arah

Pintu masuk ke Japanese Garden

Masuk je Japanese Garden ni rasa nyaman je. Memang saujana mata memandang. Semua hijau. Lanskap Japanese Garden ni pun cantik, siap ada rumah Jepun lagi. Jadi, sesiapa yang nak feeling-feeling jadi orang Jepun boleh lah sewa kimono kat sini. Harga sewa kimono ialah RM 20 tak kira saiz kanak- kanak ataupun dewasa dan masa yang diberikan ialah 20 minit untuk kita pusing-pusing sekitar Japanese Garden ni dengan memakai kimono sambil bergambar 😜

Ikan Koi. Semua besar-besar mungkin sebab terlampau cukup makan. Hehehe

Anak Ibu asyik tengok air sungai mengalir πŸ˜†

Mak Jepun dengan Anak Jepun. Hahaha

Anak Jepun da kenapa menangis ni? Hihihi

Hurmmm, feeling habis dua orang ni sampai pejam mata. Hahaha

Kita selfie dengan our Mr Photographer. Kihkihkih

Family photo πŸ’—

Destinasi kami seterusnya ialah ke Colmar Tropicale. Di hadapan Colmar Tropicale, terdapat sebuah bangunan yang senibina nya seperti sebuah istana iaitu The Chateau Spa & Organic Wellness Resort. Cantik sangat guys! Yuni apa lagi kan, terus lah tanya Uncle Google nak tengok harga bilik πŸ˜†Harga bilik kalau tempah melalui Agoda.com lebih kurang RM500 satu malam. In Shaa Allah, kalau ada rezeki yuni sekeluarga, mungkin next time kita boleh try merasa bermalam kat The Chateau plak 😜

Kami tiba di Colmar Tropicale pada pukul 12:30 tengahari. Sebenarnya check-in jam 3:00 petang. Disebabkan masih awal, kami register dulu. Sementara menunggu bilik siap, kami mengambil peluang untuk naik menara dan melihat Colmar Tropicale dari pandangan atas. Serius, cantik weyh! Rasa macam kat oversea 😍


Lobi hotel Colmar Tropicale

Ini budak sebenarnya mengantuk πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Dalam pukul 02:00 petang, masing-masing dah mula rasa lapar. Al-maklum lah breakfast pun dah awal pagi, then tenaga pun da banyak guna waktu panjat anak tangga ke Japanese Village tadi πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†Memang harus lah lapar kan? Lepas pusing punya pusing, survey punya survey, hubby cakap dia nak makan pizza. So, kami decide untuk lunch di Da Flamme.

Seriously, sis feeling-feeling oversea sangat guys!

Ini lah lunch kami, Hawaiian Pizza & Mushroom Soup πŸ˜‹
Sedap!

Waktu kami makan, ada kumpulan busker yang datang dari meja ke meja untuk menghiburkan pengunjung yang sedang makan. Iffatul Auni sangat enjoy with the song tau. Siap tepuk-tepuk tangan sambil goyang-goyang kepala lagi. Hahaha. Selepas makan, sementara nak tunggu check-in, sempat juga lah kami bergambar dan beli air slurpee kat 7-Eleven πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Aduhai anak Ibu πŸ˜‚ Sopan sungguh kamu duduk πŸ˜‚

Bagi la chance sikit kat Ibu ngan Abi nak romantik sikit 😜😝

Ibu ngan Abi baru nak bercinta, si kecil ni da jealous 😏
Nak jugak masuk dalam gambar πŸ˜’

Padan muka kena gomol ngan Abi. Hahaha

Paling manja dengan Abi
Langsung tak nak berenggang πŸ˜‚

Waktu kami nak check-in, staf hotel inform yang bilik kami book dah penuh. OMG 😱 tapi kami dah book with payment kat Agoda.com. Disebabkan bilik penuh, pihak hotel telah upgrade bilik kami without any charges dari Deluxe King Room kepada Bedroom Suite. Best kan? Hihihi. Agaknya, mungkin ini rezeki si Iffatul Auni 😍 Bedroom Suite ni terletak di Blok Gazania. Bilik kami di tingkat 3 dan view dari bilik kami ialah Padang Golf 😍

Peta Colmar Tropicale
Kat dalam tu ada room access card dan voucher breakfast untuk 2 orang

Blok Gazania
Kat bawah tu kedai souvenir

Ini lah Bedroom Suite kami
Ada ruang makan, ruang tamu dan dapur

Amboi-amboi, dua orang ni
Syok betul bergolek -golek atas katil ya πŸ˜‚

Our bathroom with bath tub

Sewaktu di bilik, hubby bagitahu badan Iffa panas. Demam rupanya. Tadi waktu kat Japanese Village okay je, masuk bilik tiba-tiba demam. Bila check, rupa-rupanya Iffatul Auni nak tumbuh gigi lagi. Nak tumbuh lagi 2 batang gigi atas πŸ˜… Hurmmm, kenapa lah Iffa nak demam waktu ni kan? Dah la yuni tak bawa ubat anak. Menggelabah jugak la waktu tu kan. Tapi hubby memang jenis relax je. Dia ambik kain tuala, basahkan dan lap badan Iffa. So, selepas ni jadi pengajaran untuk Ibu, kalau nak bercuti ke mana-mana, kena make sure bawa beg ubat-ubatan untuk anak. Terima kasih Iffatul Auni kerana sentiasa buat Ibu belajar daripada setiap kesilapan yang Ibu lakukan 😊

Kami rehat di bilik sementara menunggu solat Asar. Selepas solat Asar, kami turun semula, masuk ke 7-Eleven untuk beli panadol syrup dan baby cool fever. Waktu petang kami habiskan masa dengan berjalan di sekitar Colmar Tropicale dan bergambar sahaja.

Kita payung sikit gambar depan Clock Tower
Ibu tukar baju sebab Iffatul Auni muntah atas Ibu

Hubby depan mata tak nak kiss, haiwan juga yang dia nak kiss πŸ˜†

Dua ekor swan putih dan seekor swan hitam
So beautiful πŸ’—

Swan pun kesiankan Iffatul Auni tau

Just like a Colmar in Alsace, French

Bergambar di hadapan 'Wishing Well'

Sebenarnya kami nak tunggu persembahan yang diadakan di pentas Colmar Tropicale tapi disebabkan Iffatul Auni demam, selepas bergambar kami terus naik ke bilik hotel. Waktu malam kami isi masa dengan menonton TV dan makan maggi sambil menikmati kopi Starbuck sahaja.

Budak montel yang demam
Maggi dan Starbuck beli kat bawah sewaktu otw nak balik bilik selepas bergambar

===============================================
24 November 2019 (Ahad):

Hari ini ialah hari kedua kami di Colmar Tropicale. Selepas solat Subuh kami bersiap untuk turun sarapan pagi memandangkan kaunter sarapan pagi mula dibuka pada jam 07:00 pagi. Le Blason adalah restoran untuk sarapan pagi bagi mereka yang menginap di Colmar Tropicale. Sewaktu kami tiba, Le Blason masih lengang. Jadi, kami ada banyak pilihan untuk memilih meja.  Hehehe. Secara keseluruhannya, makanan sarapan pagi di Le Blason ini biasa-biasa sahaja dan pilihan makanannya boleh dikatakan agak banyak 😊


Wah! Lapar betul anak Ibu ni ya? πŸ˜†

Abi terhibur tengok gelagat Iffatul Auni breakfast πŸ˜†

πŸ’—πŸ’—πŸ’—

Selepas sarapan pagi, kami decide untuk mandi swimming pool. Ibu semangat je lebih pakai swimming suit tapi tak mandi pun. Hahaha. Iffatul Auni pula kalau dengan Abi riang ria raya main air, kalau dengan Ibu bukan main lagi mengada takut air 😏


Pelampung Iffa tu Ibu beli sejak August lagi tau πŸ˜†

Kesayangan Abi selamanya


Selepas aktiviti berenang, kami pulang ke bilik hotel. Iffatul Auni dan Abi meneruskan aktiviti berendam mereka dalam bath tub di bilik hotel πŸ˜† sementara Ibu mengemas barang-barang memandangkan sebelum jam 12:00 tengahari kami perlu check-out.

Gambar last di lobi hotel sementara tunggu Ibu nak uruskan check-out

Selepas check-out dan simpan barang dalam kereta, kami meneruskan aktiviti kami ke Dinasour Park. Dinasour Park masih lagi terletak dalam perkarangan Colmar Tropicale. Bayaran masuk ke Dinasour Park ialah RM 15 seorang untuk dewasa. Replika dinasour dalam taman ini bergerak dan nampak seperti dinasour sebenar.

Rasa macam kat Jurrasic World 

T-Rex ni kategori pet Abi je ni πŸ˜†

Iffatul muka steady je

Siap boleh tunggang dinasour tau

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Rabbit Park. Melalui info di Uncle Google sebelum ni, di Rabbit Park ni ada pony tapi bila tanya pekerja kat situ mereka maklumkan kalau nak tengok pony kena pergi ke Horse Trail. Ala, tak ada rezeki Iffatul nak tengok pony.

Inilah Bunny

Iffatul Auni teruja tengok bunny

Iffatul nak pegang tapi Ibu yang tak bagi sebab Iffatul kurang sihat
Next time kita datang lagi, Ibu bagi Iffatul pegang ya sayang πŸ˜‰

Kami bergerak pulang ke KL lebih kurang jam 02:30 petang. Pada pendapat yuni, Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang ialah sebuah tempat yang cantik. Yuni sangat gembira dapat meluangkan masa bersama keluarga kecilku di sini. In Shaa Allah, hubby cakap untuk tahun 2020 kita plan bercuti ke tempat lain pula. Ada rezeki, kita pergi jauh sikit. Terima kasih Abi bawa kami bercuti ke sini. Semoga Abi sentiasa murah rezeki untuk bawa kami bercuti lagi 😍

2 comments:

Jalan-jalan di Kuala Selangor

Assalamualaikum semua 😊 Apa khabar? Semoga semuanya baik-baik dan sihat belaka. Untuk blog kali ni yuni sekadar ingin berkongsi tentang tem...