Sunday 11 March 2018

Honeymoon di Cameron Highlands

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, ini first time yuni menulis and iolls feels like blogger sangat. Hahaha.. Nope! Actually, yuni memang dah lama ada niat setiap kali pi holiday nak share. So, for the first time yuni tulis sebelum terlupa, yuni nak share untuk tatapan semua yang bercadang nak bercuti di Cameron Highlands.. 💕

Pada 19 Februari 2018 yang lalu, Alhamdulillah, yuni sah menjadi suri hati kepada Mohammad Ikhnul Azrin. Seorang lelaki yang pernah ku reject suatu masa dahulu. Hahahaha.. Yala, zaman sekolah mak suruh pi belajaq bukan bercinta. Kihkihkih.. 😜

Benar lah, jodoh itu rahsia Allah S.W.T, selepas 10 tahun, Allah pertemukan kami kembali. Bercinta tak lama pun. Bertunang tanggal 18 Oktober 2017, 4 bulan kemudian terus kami nikah.. Dan dia lah yang terindah hadir di jiwa (adui bersemut pulak kang blog ni) kihkihkihkih..




Jadi dipendekkan cerita, kami memilih lokasi bulan madu yang bajet iaitu Cameron Highlands. Memandangkan majlis kami berlangsung di Setiu, Terengganu, kami bertolak ke Cameron Highlands melalui jalan Gua Musang.

======================================================================
22 Februari 2018:

Kami tiba di Brinchang pada pukul 2 petang. Sebelum check in kami singgah di Lavendar Garden. Tempat dia cantik. Penuh dengan bunga lavendar, da nama pun Lavendar Garden kan. Hahahaha.. Tiket masuk sini RM10 untuk dewasa and RM5 untuk kanak-kanak 😊

Masuk je Lavendar Garden ni yuni memang nak sangat-sangat makan aiskrim lavender. Hubby layan kan je la kan.. Makan je aiskrim tu tekak yuni rasa aiskrim tu macam ginger flavor. Hahahahaha.. Hubby memang bantai gelak je sebab tadi beriya sangat nak makan kan, merenget macam budak kecik. Haa da dapat makan, rasa halia ke rasa kunyit ke habiskan je la nak. Hahahaha.. Harga aiskrim lavendar ni RM6 satu kon. Hee.. 

Sejujurnya, siapa yang suka sangat photoshoot tu boleh la masuk Lavendar Garden sebab korang akan rasa cam heaven nak bergambar ke sana sini.. Banyak background cantik. Hehehe.. 


Semua yang masuk sini tangan berinai. Pengantin baru. Kihkihkih..

Ni bunga lavendar jugak. Tapi sis sesuka hati letak bunga terumbu karang. Hahahaha..

Memandangkan berdua je, terpaksa la guna timer. Hahaha..

Ini pun guna timer. Hubby bukan berlari dengan langkah seribu tapi dengan langkah sejuta. Hahaha..

Ni tak guna timer la. Mintak tolong orang ambik kan. Heeeee..

Ni kasi chance la. Sis rasa sis Snow White bersama 7 orang kerdil jumpa prince charming.. Wakakaka.. 


Dah puas ber photoshoot kat dalam Lavendar Garden, kami ke Rose Valley. Rose Valley tu kat tepi jalan je sebelum sampai hotel kami nak ber honeymoon. Hihihi.. So alang-alang kan satu jalan, kami pun singgah. Tiket nak masuk ke Rose Valley RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kat sini ada banyak jenis bunga dan yang paling buat yuni teruja bila masuk dalam Rose Valley ni ada burung merak 😍 sebab last yuni tengok burung merak kalau tak silap waktu umur 6 tahun. Sekarang ni dah umur (biarlah rahsia) hahahahaha.. 


Ini lah burung merak tu.. Tapi dia tak nak tunjuk ekor nya yang cantik. Puas dah sis pujuk. Huhuhu..

Tenang je masuk sini tengok macam-macam jenis bungaa.. 😘

Kalau rajin boleh la jalan naik ke atas dan akan jumpa tempat ni. Boleh duduk-duduk dan menikmati pemandangan. Hihihi..


Lepas dah puas hati pusing Rose Valley, kami pun check in di Kea Garden Guesthouse, Brinchang. Seriously, view tempat ni terbaik. Husband pun teruja tau 😍 Siap puji lagi isteri dia pandai pilih hotel. Hihihi.. Waktu tu kan mula la kembang bermangkuk-mangkuk. Hahaha.. Harga bilik kat Kea Garden Guesthouse ni yang paling murah lebih kurang RM150 satu malam. Kalau nak feeling lebih ambil lah bilik yang ada balkoni, lebih kurang RM180-RM200 satu malam. Kalau jadi member Expedia.com dapat lagi murah.  Hee..


View hotel waktu malam.. Kat sini ramai newlywed stay 😍


Malamnya kami makan steamboat di De Bamboo. Waktu tengah makan tu mengigil sejuk. Mungkin sebab badan yuni sensitif pada suhu, cepat rasa sejuk. Huhu.. Steamboat kat De Bamboo ni buffet ikut satu kepala. Satu kepala RM30. Kalau makan tak habis macam biasa la kena bayar, 100g bersamaan RM10 😂

======================================================================
23 Februari 2018:

Pagi-pagi bangun, seriously, sejuk gila. Pijak lantai pun rasa gigil. Nak mandi pun rasa macam nak mandi ala-ala cerita P. Ramlee, titik air je kat mata. Hahaha.. Tapi yuni tetap mandi ya! Hahahaha 😜 Pagi tu kami breakfast kat Ladang Teh Boh Sg. Palas. Yang ini yuni punya perangai la, request ngan hubby nak feeling-feeling macam Lisa ngan Aaron dalam filem Ombak Rindu. Wakakakakakaka. Sekali sampai ladang teh, bapak laaaa! Ramai giler orang. Hahaha.. Tapi Alhamdulillah, yuni memang pandai bab berebut tempat. Kihkihkih.. Dapat la satu table view ladang teh. Hahaha.. So far, makan kat sini around RM50 la berdua. Dah habis makan kami selfie-selfie sikit dan singgah kedai boh beli teh kat tepi cafe tu. Sejujurnya pada yuni, teh boh murah beli kat sini sebab kira direct beli dari kilang.. 😍 


Tak ingat dah nama setiap makanan tu tapi ini la breakfast kami. Hihihi.. 

Nampak tak view ladang teh tu, kan feeling habis tu. Kihkihkih..

Cak.. ! Kasi chance yaa kengkawan 😘

Plastik yang hubby pegang tu la bukti kami beli macam-macam jenis teh. Hahahaha..

Saujana mata memandang.. 😍

Lepas breakfast kat Ladang Teh Boh Sg. Palas, kami singgah di Ee Feng Gu Bee Farm. Tapi malangnya kat sini, hari yang kami pergi tu dia tak buka untuk tengok sarang lebah. Jadi, kami pusing-pusing je dalam tu then keluar and decide ke Time Tunnel Museum. Nasib baik masuk free, tak ada entrance fee. Hihihi.. 

Di Time Tunnel Museum, tiket masuk sini RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak. Seronok masuk Time Tunnel Museum ni untuk mereka yang lahir pada tahun 90-an dan ke bawah. Kira macam menggamit memori silam zaman kanak-kanak. Lepas tu, siap ada macam rentetan sejarah pasal Cameron Highlands. Actually agak lama yuni ngan hubby kat dalam museum ni sebab museum nya agak besar + macam biasala, sibuk nak bergambar. Hahaha 😜


Ni waktu kecik-kecik penutup botol kumpul buat main waktu pi sekolah agama. Hahaha..

Ini klasik punya mesin abc ok. Heee..

Dulu kat rumah nenek pakai cerek ni la. Sekarang semua dah pakai cerek elektrik. Huhuhu..

Ok, iron ni betul klasik dan bukan zaman sis kanak-kanak ribena.. 😂

Dah puas menjenguk barang-barang yang menggamit kenangan silam, perut pun mula la mendendangkan irama zapin melayu. Hahaha.. Waktu ni pilih punya pilih nak makan kat mana, sekali tu yuni decide bagitau hubby jom kita pergi strawberry farm je la, makan kat sana. Hahahaha.. Kami pilih untuk ke Big Red Strawberry Farm, hubby pun suggest tempat ni sebab kalau tak silap strawberry farm ni yang paling besar. Hee.. Sampai sana memang excited gila, nampak strawberry kan. Rasa macam nak pergi petik tapi waktu kami sampai sana macam tak ada strawberry, so hajat nak memetik strawberry tu tak kesampaian la.. 

Untuk makluman, nak masuk Big Red Strawberry Farm ni free je cuma kalau nak petik buah strawberry kena bayar la, RM25 untuk 500g. Waktu ni memang lapar gilerr, tengok pulak menu strawberry yang macam-macam tu rasa macam nak order semua. Hahaha.. So, kat strawberry farm ni kira macam kami datang untuk makan je la, tapi makan memang terbaik la. Sebelah tempat order makan tu ada kedai jual jem, jeruk, hot chocolate drink, chocolate dan macam-macam lagi dan semuanya bersangkut-paut dengan strawberry. Harga pulak, bagi yuni worth la dan lebih murah beli kat strawberry farm ni compare daripada beli kat market luar sebab mereka ni pengeluar. Kira harga direct beli dari pengeluar. 

On my way kami nak balik, kat strawberry farm ni dia jual baby cactus. Hubby tanya la, nak beli tak? Haishhh..! Apa lagi, bila suami mu bertanya, jawapan setiap isteri mesti la nak beli. Pantang kena offer. Hahahaha.. Tapi dalam pada dia bagi beli pun, da siap warning awal-awal naa, jaga la baby cactus tu sehingga dia besar menjadi remaja (dan sewaktu sis sedang menulis ni baru sis teringat, sis lupa nk siram cactus tu tadi sebelum keluar pi kerja) Hahahahaha!


Tadaaaa..!!! Meleleh ayaq liur tengok kan? Hihihi..

Satu lagi gambar kenang-kenangan. Ececece..! 😜

Ini la dia baby cactus yang sis beli, 6 pasu RM11 😘.. Hihihihi..

Di waktu malamnya kami decide untuk pergi Pasar Malam Cameron Highlands kat Golden Hills. No more pasar malam kat Brinchang ya. Kira dinner kami beli kat pasar malam je and makan kat bilik hotel. Tapi best tau! Jagung rebus (favourite sis) terbaik. Manis bak hang! Hihihi..

======================================================================
24 Februari 2018:

Hari ni hari terakhir kami honeymoon kat Cameron Highlands. Aktiviti waktu pagi tak pergi mana-mana pun. Memandangkan hotel kami betul-betul terletak di belakang Kea Farm Market, kami decide pagi nya untuk jalan kaki je pergi Kea Farm Market untuk beli buah tangan nak buat balik KL. Apalagi, borong la jagung, strawberry, ubi purple dan macam-macam lagi (wajib la kan borong) dan harganya superb murah! Hihihihi.. 


Walaupun sejuk tetap nak makan aiskrim. Hihihi 😋

Sambil makan aiskrim kita tengok bunga. Teringin nak beli tapi rumah tak ada tempat nak tanam bunga. Hahaha. Cukup la baby cactus je kan. Hihihi..

Dah siap shopping kat Kea Farm Market, hubby ajak bergambar kat sekitar hotel (paling sis suka). Rugi la kan kalau tak bergambar. View and backgroud cantik. Kihkihkihkih.. Nak bergambar kena bayar RM1 seorang 😂(pandai betul diarang buat bisnes kan?). Hubby bayar je la sebab RM1 je seorang. Lagipun tempat cantik. Consider sedekah lah (boleh ke cenggitu?) Hahahahaha 😆😆😆


With my love 😍

Haaa.. Sis dah start posing tu. Hahaha..

Ok, sis kalau posing mesti kena posing maut. Hahahahaha..

Yang ini kes tak ada mangsa nak mintak tolong ambik kan gambar kami. Wakakaka..

Kami check out dari hotel jam 11.50 pagi macam tu. On the way nak balik KL, hubby ajak pergi Ladang Teh Bharat. Shopping teh strawberry kat sana. Hihihihi.. Sayang hubby sebab suka offer isteri dia membeli-belah. Hahahaha.. Sampai sana memang ramai orang. Kami minum-minum dulu kat cafe hilangkan dahaga tekak ni sambil share brownies aiskrim sambil menikmati pemandangan ladang teh. Perghhhh! Rasa sweet giler that moment. Hehehe. Dah habis minum, hubby beli tiket nak turun ke ladang teh. FYI ya, kalau dulu masuk ladang teh tak kena bayar, sekarang ni nak masuk Ladang Teh Bharat kena bayar ya. Huhuhu. Dia akan bagi sticker untuk belit kat tangan like masuk Sunway Lagoon tu. Harga masuk RM2 bagi mereka yang nak berjalan kaki dan RM10 bagi mereka yang malas nak jalan turun ke ladang teh tu. Kira naik kereta yang macam kat padang golf tu la. Yuni bagitau hubby, kita jalan je sebab 2 orang baru RM4 jalan kaki. Hahaha.. Sayang duit punya pasal. Kahkahkah..


Dah sampai kat bawah apalagi, posing la. Hahahaha.. My Hubby la my Mr Photographer tak berbayar. Hahahaha 😜😜😜

Siapa yang ambik gambar kami??? Hahahaha.. Jawapannya pokok teh. Sangkut phone kat pokok daun teh, guna timer 10 seconds. Haaaa, tadaaaa..! Hahahahahahahaha..

Dah settle posing, mendaki la naik ke cafe semula sebab nak beli teh strawberri, nak bawak balik KL as ole-ole. Hihihi. Settle beli teh strawberry, kami pun pulang ke KL ikut jalan Sg. Koyan sebab nak singgah Kuala Lipis rumah pak cik yuni. Hihihi..

So far, ada member cakap bosan pi Cameron Highlands ni. Tak ada pape, untuk honeymoon ok la. But for me, on my own opinion, still fun if you come here for holiday with family. Tak ada yang bosan because its depend on you how you enjoy your holiday with your beloved person. Hihihihi. So, for the next entry, tungguuu.. because yuni and husband ada plan nak pi holiday somewhere. So hope you all enjoying read my experience 😍

6 comments:

  1. Tq for sharing... really helpful for me...💛💛💛

    ReplyDelete
  2. Cerita yang menarik, but ada 1 suggestion.
    Biasanya yg Google honeymoon mencari tips dan normally berkaitan bajet. Maybe next time, end of the blog, u buatkan satu itenary dan duit yg di-spend... So kita yg nak plan pun boleh refer your blog.

    Other than that, I mmg enjoy your writing. Good job

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay sure 😉 Thank you for suggestion. Next entry I masukkan bajet 😊😊😊

      Delete

Jalan-jalan di Kuala Selangor

Assalamualaikum semua 😊 Apa khabar? Semoga semuanya baik-baik dan sihat belaka. Untuk blog kali ni yuni sekadar ingin berkongsi tentang tem...