Assalamualaikum semua..
Ya Allah lamanya yuni tak menulis sampai dah berhabuk blog ni haa π
Last menulis waktu yuni bercerita tentang pengalaman honeymoon a.k.a bercuti ke Cameron Highlands. After balik dari honeymoon dapat tahu yuni pregnant. Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi, terus dapat baby. Sekarang baby yuni dah pun umur setahun.
Iffatul Auni Binti Mohammad Ikhnul Azrin (kesayangan Ibu dan Abi)
Baru je menyambut Hari Lahir yang pertama pada 06.11.2019
Baru je menyambut Hari Lahir yang pertama pada 06.11.2019
Kejap je kan rasa masa tu berlalu? Selepas setahun (Ya ke setahun? Macam lebih setahun je.. Hahaha) baru yuni dan hubby ada plan nak bercuti. Untuk kali ini, sempena dengan bulan kelahiran puteri kesayangan kami, kami memilih Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang sebagai destinasi percutian kami sekeluarga.
===============================================
23 November 2019 (Sabtu):
Lokasi pertama kami ialah Japanese Village. Kami tiba di Japanese Village lebih kurang jam 11:00 pagi. Di pintu masuk Berjaya Hills, pengunjung perlu membayar tiket masuk iaitu RM 16 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak-kanak. Bagi mereka yang menginap di Colmar Tropicale, duit bayaran tiket ini akan dipulangkan semula dan jumlah yang dipulangkan berdasarkan kepada jenis bilik penginapan.

Tiket masuk Berjaya Hills. Tiket ni cover entrance fee ke Japanese Village, Botanical Garden, Colmar Tropicale & Rabbit Park
Perjalanan ke Japanese Village ni perlu mendaki
Kalau tanya pendapat yuni, not suggested kepada warga emas
Kalau tanya pendapat yuni, not suggested kepada warga emas
Pendakian kami bermula. Anak Ibu tengok apa tu? Kihkihkih
Untuk yang ada baby, sebaiknya bawa carrier, tak sesuai guna stroller
Untuk yang ada baby, sebaiknya bawa carrier, tak sesuai guna stroller
Masuk je Japanese Garden ni rasa nyaman je. Memang saujana mata memandang. Semua hijau. Lanskap Japanese Garden ni pun cantik, siap ada rumah Jepun lagi. Jadi, sesiapa yang nak feeling-feeling jadi orang Jepun boleh lah sewa kimono kat sini. Harga sewa kimono ialah RM 20 tak kira saiz kanak- kanak ataupun dewasa dan masa yang diberikan ialah 20 minit untuk kita pusing-pusing sekitar Japanese Garden ni dengan memakai kimono sambil bergambar π
Ikan Koi. Semua besar-besar mungkin sebab terlampau cukup makan. Hehehe
Anak Ibu asyik tengok air sungai mengalir π
Anak Jepun da kenapa menangis ni? Hihihi
Hurmmm, feeling habis dua orang ni sampai pejam mata. Hahaha
Kita selfie dengan our Mr Photographer. Kihkihkih
Family photo π
===============================================
24 November 2019 (Ahad):
Hari ini ialah hari kedua kami di Colmar Tropicale. Selepas solat Subuh kami bersiap untuk turun sarapan pagi memandangkan kaunter sarapan pagi mula dibuka pada jam 07:00 pagi. Le Blason adalah restoran untuk sarapan pagi bagi mereka yang menginap di Colmar Tropicale. Sewaktu kami tiba, Le Blason masih lengang. Jadi, kami ada banyak pilihan untuk memilih meja. Hehehe. Secara keseluruhannya, makanan sarapan pagi di Le Blason ini biasa-biasa sahaja dan pilihan makanannya boleh dikatakan agak banyak π
Selepas sarapan pagi, kami decide untuk mandi swimming pool. Ibu semangat je lebih pakai swimming suit tapi tak mandi pun. Hahaha. Iffatul Auni pula kalau dengan Abi riang ria raya main air, kalau dengan Ibu bukan main lagi mengada takut air π
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Rabbit Park. Melalui info di Uncle Google sebelum ni, di Rabbit Park ni ada pony tapi bila tanya pekerja kat situ mereka maklumkan kalau nak tengok pony kena pergi ke Horse Trail. Ala, tak ada rezeki Iffatul nak tengok pony.
Destinasi kami seterusnya ialah ke Colmar Tropicale. Di hadapan Colmar Tropicale, terdapat sebuah bangunan yang senibina nya seperti sebuah istana iaitu The Chateau Spa & Organic Wellness Resort. Cantik sangat guys! Yuni apa lagi kan, terus lah tanya Uncle Google nak tengok harga bilik πHarga bilik kalau tempah melalui Agoda.com lebih kurang RM500 satu malam. In Shaa Allah, kalau ada rezeki yuni sekeluarga, mungkin next time kita boleh try merasa bermalam kat The Chateau plak π
Kami tiba di Colmar Tropicale pada pukul 12:30 tengahari. Sebenarnya check-in jam 3:00 petang. Disebabkan masih awal, kami register dulu. Sementara menunggu bilik siap, kami mengambil peluang untuk naik menara dan melihat Colmar Tropicale dari pandangan atas. Serius, cantik weyh! Rasa macam kat oversea π

Lobi hotel Colmar Tropicale
Dalam pukul 02:00 petang, masing-masing dah mula rasa lapar. Al-maklum lah breakfast pun dah awal pagi, then tenaga pun da banyak guna waktu panjat anak tangga ke Japanese Village tadi πππMemang harus lah lapar kan? Lepas pusing punya pusing, survey punya survey, hubby cakap dia nak makan pizza. So, kami decide untuk lunch di Da Flamme.
Ini lah lunch kami, Hawaiian Pizza & Mushroom Soup π
Sedap!
Waktu kami makan, ada kumpulan busker yang datang dari meja ke meja untuk menghiburkan pengunjung yang sedang makan. Iffatul Auni sangat enjoy with the song tau. Siap tepuk-tepuk tangan sambil goyang-goyang kepala lagi. Hahaha. Selepas makan, sementara nak tunggu check-in, sempat juga lah kami bergambar dan beli air slurpee kat 7-Eleven πππ
Aduhai anak Ibu π Sopan sungguh kamu duduk π
Bagi la chance sikit kat Ibu ngan Abi nak romantik sikit ππ
Ibu ngan Abi baru nak bercinta, si kecil ni da jealous π
Nak jugak masuk dalam gambar π
Padan muka kena gomol ngan Abi. Hahaha
Paling manja dengan Abi
Langsung tak nak berenggang π
Waktu kami nak check-in, staf hotel inform yang bilik kami book dah penuh. OMG π± tapi kami dah book with payment kat Agoda.com. Disebabkan bilik penuh, pihak hotel telah upgrade bilik kami without any charges dari Deluxe King Room kepada Bedroom Suite. Best kan? Hihihi. Agaknya, mungkin ini rezeki si Iffatul Auni π Bedroom Suite ni terletak di Blok Gazania. Bilik kami di tingkat 3 dan view dari bilik kami ialah Padang Golf π
Peta Colmar Tropicale
Kat dalam tu ada room access card dan voucher breakfast untuk 2 orang
Blok Gazania
Kat bawah tu kedai souvenir
Ini lah Bedroom Suite kami
Ada ruang makan, ruang tamu dan dapur
Amboi-amboi, dua orang ni
Syok betul bergolek -golek atas katil ya π
Our bathroom with bath tub
Sewaktu di bilik, hubby bagitahu badan Iffa panas. Demam rupanya. Tadi waktu kat Japanese Village okay je, masuk bilik tiba-tiba demam. Bila check, rupa-rupanya Iffatul Auni nak tumbuh gigi lagi. Nak tumbuh lagi 2 batang gigi atas π
Hurmmm, kenapa lah Iffa nak demam waktu ni kan? Dah la yuni tak bawa ubat anak. Menggelabah jugak la waktu tu kan. Tapi hubby memang jenis relax je. Dia ambik kain tuala, basahkan dan lap badan Iffa. So, selepas ni jadi pengajaran untuk Ibu, kalau nak bercuti ke mana-mana, kena make sure bawa beg ubat-ubatan untuk anak. Terima kasih Iffatul Auni kerana sentiasa buat Ibu belajar daripada setiap kesilapan yang Ibu lakukan π
Kami rehat di bilik sementara menunggu solat Asar. Selepas solat Asar, kami turun semula, masuk ke 7-Eleven untuk beli panadol syrup dan baby cool fever. Waktu petang kami habiskan masa dengan berjalan di sekitar Colmar Tropicale dan bergambar sahaja.
Kita payung sikit gambar depan Clock Tower
Ibu tukar baju sebab Iffatul Auni muntah atas Ibu
Hubby depan mata tak nak kiss, haiwan juga yang dia nak kiss π
Dua ekor swan putih dan seekor swan hitam
So beautiful π
Swan pun kesiankan Iffatul Auni tau
Just like a Colmar in Alsace, French
Bergambar di hadapan 'Wishing Well'
Sebenarnya kami nak tunggu persembahan yang diadakan di pentas Colmar Tropicale tapi disebabkan Iffatul Auni demam, selepas bergambar kami terus naik ke bilik hotel. Waktu malam kami isi masa dengan menonton TV dan makan maggi sambil menikmati kopi Starbuck sahaja.
Budak montel yang demam
Maggi dan Starbuck beli kat bawah sewaktu otw nak balik bilik selepas bergambar
24 November 2019 (Ahad):
Hari ini ialah hari kedua kami di Colmar Tropicale. Selepas solat Subuh kami bersiap untuk turun sarapan pagi memandangkan kaunter sarapan pagi mula dibuka pada jam 07:00 pagi. Le Blason adalah restoran untuk sarapan pagi bagi mereka yang menginap di Colmar Tropicale. Sewaktu kami tiba, Le Blason masih lengang. Jadi, kami ada banyak pilihan untuk memilih meja. Hehehe. Secara keseluruhannya, makanan sarapan pagi di Le Blason ini biasa-biasa sahaja dan pilihan makanannya boleh dikatakan agak banyak π
Wah! Lapar betul anak Ibu ni ya? π
Abi terhibur tengok gelagat Iffatul Auni breakfast π
πππ
Selepas sarapan pagi, kami decide untuk mandi swimming pool. Ibu semangat je lebih pakai swimming suit tapi tak mandi pun. Hahaha. Iffatul Auni pula kalau dengan Abi riang ria raya main air, kalau dengan Ibu bukan main lagi mengada takut air π
Pelampung Iffa tu Ibu beli sejak August lagi tau π
Kesayangan Abi selamanya
Selepas aktiviti berenang, kami pulang ke bilik hotel. Iffatul Auni dan Abi meneruskan aktiviti berendam mereka dalam bath tub di bilik hotel π sementara Ibu mengemas barang-barang memandangkan sebelum jam 12:00 tengahari kami perlu check-out.
Gambar last di lobi hotel sementara tunggu Ibu nak uruskan check-out
Selepas check-out dan simpan barang dalam kereta, kami meneruskan aktiviti kami ke Dinasour Park. Dinasour Park masih lagi terletak dalam perkarangan Colmar Tropicale. Bayaran masuk ke Dinasour Park ialah RM 15 seorang untuk dewasa. Replika dinasour dalam taman ini bergerak dan nampak seperti dinasour sebenar.
Rasa macam kat Jurrasic World
T-Rex ni kategori pet Abi je ni π
Iffatul muka steady je
Siap boleh tunggang dinasour tau
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Rabbit Park. Melalui info di Uncle Google sebelum ni, di Rabbit Park ni ada pony tapi bila tanya pekerja kat situ mereka maklumkan kalau nak tengok pony kena pergi ke Horse Trail. Ala, tak ada rezeki Iffatul nak tengok pony.
Inilah Bunny
Iffatul Auni teruja tengok bunny
Iffatul nak pegang tapi Ibu yang tak bagi sebab Iffatul kurang sihat
Next time kita datang lagi, Ibu bagi Iffatul pegang ya sayang π
Kami bergerak pulang ke KL lebih kurang jam 02:30 petang. Pada pendapat yuni, Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang ialah sebuah tempat yang cantik. Yuni sangat gembira dapat meluangkan masa bersama keluarga kecilku di sini. In Shaa Allah, hubby cakap untuk tahun 2020 kita plan bercuti ke tempat lain pula. Ada rezeki, kita pergi jauh sikit. Terima kasih Abi bawa kami bercuti ke sini. Semoga Abi sentiasa murah rezeki untuk bawa kami bercuti lagi π